Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikecam ramai selepas dilihat tidak memakai topeng muka atau mask dengan betul ketika berkunjung ke Langkawi semalam.

Perjalanan mereka ke Langkawi itu dirakamkan dalam satu vlog dari mula mereka menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur hingga ke pusat percutian tersebut dan dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya.

Rata-rata menegur tindakan mereka yang dilihat hanya memakai mask dibahagian dagu dan mendedahkan hidung serta mulut.

“Aliff Syukri ni suka sangat turunkan mask tu…setiap kali ditempat orang ramai mesti buka,” perasan salah seorang netizen.

“Mask pakai la betul-betul nak bercuti pun,” tegur salah seorang warga maya.

“Mask bukan untuk dipakai di dagu,” kecam salah seorang warga net.

Menerusi video tersebut kelihatan kebanyakan masa Aliff membuka sedikit mask yang dipakai sehingga menampakkan hampir seluruh wajahnya.

Pun begitu, Aliff tidak berdiam diri dan di dalam kapsyennya dia cuba menjelaskan dia sengaja membuka mask hanya ketika hendak bercakap supaya suaranya lebih jelas di dalam video yang dirakamkan.

“Mask saya pakai betul cuma ketika saya buat buat vlog kurang dengar suara jadi saya buka sekejap dan saya tutup balik,” jelasnya.

Difahamkan Aliff dan isteri serta kru ke sana atas urusan kerja dan mempromosi salah satu tempat penginapan.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)