Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar Shukor berkongsi anak kembarnya Emelia sudah mula menunjukkan yang dirinya seorang kidal selepas banyak aktiviti dilakukan dengan tangan kiri.

Kata Muszaphar tidak mengapa jika mempunyai anak kidal, malah beliau menasihati supaya ibu bapa tidak memaksa anak mereka untuk berubah menggunakan tangan kanan seperti orang lain.

“Nampak macam Emelia bakal kidal sama macam Tasha, Dia menggunakan banyak tangan kirinya untuk melakukan sesuatu. Tapi terlalu awal untuk mengesahkannya.

“Jika anda perasan anak anak kidal, biarkan dan biar dia selesa dengan caranya. Jangan paksa mereka ubah untuk menggunakan tangan kanan,” katanya.

Muszaphar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan beliau memuat naik Emelia yang sedang makan dan memegang sudu ditangan kirinya.

Beritahunya lagi, dia pada mulanya seorang kidal sewaktu kecil tetapi telah cuba diubah oleh bapanya untuk menggunakan tangan kanan.

“Ia berlaku pada diri saya juga, bapa saya selalu mahu saya menggunakan tangan kanan. Mungkin itulah sebabnya saya mahir menggunakan kedua-dua tangan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi beberapa fakta dan kelebihan menarik untuk orang yang kidal.

Some facts about left handed people
1. Only 10% of the worlds population
2. Right brain dominant
3. They fare better in creativity , imagination, daydreaming and intuition .
4. Not known to have better IQ’s in the latest 2018 study .
5. More left handed are seen in Males
6. Genes do play a role
7. They are better at Multi Tasking
8. They have an advantage on certain sports like Swimming , Fencing , Tennis and Boxing .
They are better at video games too .
9. Twins are more likely to be left handed
10. 13th August is International Left Handers Day .

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)