Filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba sudah mula ditayangkan semenjak semalam (12 Oktober 2017).

Filem itu membariskan nama pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk M. Nasir, Faye Kusairi dan ramai lagi.

Biarpun baru sehari ditayangkan, filem Tombiruo mendapat sambutan positif di laman sosial.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, filem arahan Seth Larney dan Nasir Jani itu mendapat pujian netizen.











Sinopsis: Tombiruo yang memaparkan kisah aksi ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya.

Wartawan Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini di pawagam sekarang!

Teks oleh: Kamaruddin Razal