Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Panik, Pegang Dan Panggil Dengan Lembut” - Diana Danielle Kongsi Tips Handle Kucing Sawan

Mya Amri
17/10/2020 03:21 MYT
Pelakon Diana Danielle berkongsi tips bermakna buat pencinta kucing.

Menerusi akaun Instagram, Diana memuat naik sepotong video dikongsi oleh seorang individu bernama @haziqaiman yang merakamkan seekor kucing terkena sawan.

Video itu juga menunjukkan cara-cara untuk menenangkan kucing sekiranya mereka diserang penyakit berkenaan secara tiba-tiba.

“Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni jangan panik. Dia terkena sawan. Pegang dia (dengan towel kalau takut kena cakar), pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.

“Tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawan dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri.

“Kalau nampak dia bengkok-bengkokkan badan, pegang dengan lembut bahagian yang terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol.

“Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorang tak boleh kawal pergerakan jadi kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawan tu.

“Jauhkan jari dari bahagian mulut dia. Panggil nama dia dengan lembut, beritahu segalanya akan bertukar menjadi baik.

“Dia akan dapat rasa kalau kita kalut jadi kekal tenang dan berbual dengannya. Dia akan tahu ada seseorang yang boleh selamat dirinya.

“Bila dah settle down, belai dia dan bercakap dengan dia sebab dia mesti takut dan keliru. Just love them,” coretnya.

CAT LOVERS MUST WATCH THIS! . Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni... jangan panic. Dia terkena sawan. Pegang dia (with a towel kalau takut kena cakar), hold their body still tapi jangan letak pressure dan tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawan dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri. Kalau nampak dia bengkok-bengkok-kan badan, gently hold the area yg terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol. . Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorg tak boleh kawal pergerakan so kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawan tu. So jauhkan jari dari bahagian mulut dia. . Panggil nama dia dengan lembut, tell them they will be okay. Dia akan dapat rasa kalau kita kalut so stay calm and talk to them so they know there is someone to help them. . Bila dah settle down, belai dia and talk to them sebab diorg mesti takut dan keliru. Just love them... ? . Kalau dia selalu sangat kena sawan macam ni please bring them to the hospital. Tahukah anda... Kalau kita risau ttg bil bila consult vet, hospital kerajaan haiwan pun ada. Yang saya tahu ada satu di KL - Hospital Veterinar KL. Hope this helps! Any other tips gais? Pls share! . Thank you @haziqaiman_ for sharing (Twitter)

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on


Sebagai pencinta haiwan, Diana berharap perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat.

Diana juga turut mengucapkan terima kasih kepada Haziq Aiman kerana berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat penting buat pencinta haiwan.
;