Laman Utama
“Jangan Pedulikan Kecaman..” - Johan Titip Pesan Supaya Ryan Bakery Terus Menghiburkan Orang
Pelawak Johan menitipkan pesan buat pempengaruh TikTok terkenal, Ryan Bakery untuk terus menghiburkan orang ramai tanpa mempedulikan kecaman yang diterima.
Menerusi laman sosial Instagram, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, berkongsi pertemuan bersama pelawak itu untuk tatapan umum.
Menurut Ryan, dia yang menganggap pelawak tersebut sebagai idola meluahkan rasa terharu apabila Johan mengenali dirinya.
Meninggalkan titipan di ruangan komen, Johan menasihati Ryan agar setiap pelawak itu tidak boleh memuaskan hati semua orang.
“Allahuakbar, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
“Macam abang pesan semalam, teruskan apa yang awak tengah buat untuk menghiburkan orang ramai.
“Jangan pedulikan kecaman orang. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting jadi diri sendiri dan teruskan usaha untuk menghiburkan kami semua ya.
“Good luck adik, abang sokong awak okay,” tulisnya di ruangan komen.
Dalam pada itu, Ryan tidak ketinggalan memberikan ucapan terima kasih di atas nasihat tersebut.
Sementara itu, ramai wargamaya turut terhibur melihat video pertemuan dua pelawak tersebut.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Untuk rekod, Ryan kini telah mengumpul seramai 3 juta pengikut di platform TikTok dan meraih 81 juta tanda suka bagi keseluruhan video-videonya.