"Jangan Perasan Orang Nak Tengok Awak Sorang" - Diva AA Kena Overshadow?
Asraf Aided
24/01/2022 11:13 MYT
24/01/2022 11:13 MYT
Pengacara sensasi bermulut lantang, Azwan Ali sememangnya seorang yang mempunyai pengalaman sejak lebih 30 tahun lalu.
Namun baru-baru ini, Azwan yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA akui mengalami insiden yang kurang digemari apabila digandingkan bersama pengacara yang lebih mahu menonjol atau cenderung untuk 'overshadow' dirinya.
"Sebagai hos, tak kira dalam mana-mana stesen televisyen (TV) sekalipun, kita harus tahu dan faham amanah terhadap penyiar terbabit dan jutaan orang yang menonton program itu.
"Jadi, jangan perasan orang mahu tengok awak seorang saja, orang pun mahu tengok saya.
"Sejujurnya, saya terkejut dia jenis begitu orangnya, apabila berbincang, dia juga tak mahu layan. Walaupun kita hebat dan lawak, kenalah ada perbincangan," kongsi Diva AA yang enggan menyebut nama pengacara dimaksudkan.
Diva AA mendedahkan perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur minggu lalu.
Justeru, Diva AA sebolehnya tidak mahu lagi digandingkan dengan pengacara tersebut. Pada masa sama, dia berharap agar hos muda boleh tampil profesional seperti dirinya.
"Jangan cakap seperti awak pandai dan orang hanya hendak tengok awak. Ini sangat berbahaya. Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah, program yang saya kendalikan itu boleh dianggap berjaya.
""Saya sudah serik, tidak akan buat lagi 'job' mengacara bersama dia," katanya lagi.