Berita
“Jangan Percaya, Tunggu Hidayah Atau Dapat Hidayah...”- Farah Asyikin Kongsi Kisah Penghijrahan 7 Tahun Lalu
Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli memberitahu 12 Februari, semalam merupakan tujuh tahun genap usia penghijrahannya.
Menurut Farah ia merupakan satu sejarah yang menakjubkan buat dirinya.
Farah mendedahkan dia bukan hanya duduk dan menunggu hidayah itu datang tetapi sentiasa berusaha agar ditetapkan hatinya.
“Today 12th February 2019 marks 7 years of my magical hijrah story. Today 7 years ago, I grabbed the hidayah given by Allah SWT after strings of tawfeeq.
“A day after my hijrah was my youngest sister @farisyasyamin's turn to be given the hidayah to have her own beautiful hijrah story.
“We didn't just sit around waiting for hidayah to come. We seek and we plead. We asked and we worked hard asking for Allah to "save" us. Allah mencintai hambaNya yang suka meminta dariNya. Allah pandang effort, kan?
“We never believed in "Tunggu hidayah or tak dapat hidayah". Apa yang kita minta dengan niat yang ikhlas, Allah pasti beri pada masa yang tepat (di sisi Allah). May Allah keep giving us guidance in our istiqomah.
“We should never be too far from learning as we are never perfect and never will be....”tulisnya.
Farah berkongsi kisah penghijrahannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia turut menuat naik foto ketika awal penghijrahannya.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Farah terus istiqamah dan ditetapkan hati.