Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Pi Bantai Nasi Lemak, Roti Sekilo Lepas Senaman,” - Nourul Depp Dah Makin Kurus, Mula Masuk Gym

Mya Amri
02/11/2021 12:15 MYT
Penyanyi Nourul Depp merupakan antara selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam.

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya, Nouru berkongsi dia kini sudah kembali aktif di pusat kecergasan sebagai salah satu inisiatif untuk menjaga bentuk badannya.

“Hari pertama masuk gym selepas dua minggu daftar. Satu rumah tak sihat minggu lalu. Sedang cuba membiasakan diri dengan persekitaran baru.

“Alhamdulillah minggu ni semua dah okay. Kembali untuk membina kekuatan saya. Senaman bantu 20% saja untuk kurus. Banyak membantu organ dalaman dan otot serta detox,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Nourul turut memberikan tips kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Kata Nourul, keseimbangan antara senaman dan pemakanan adalah faktor utama dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bila bersenam kena ada keseimbangan and nutrisi yang baik. Jangan main bersenam ja sampai jatuh sakit na. Kalau tak ada nutrisi yang bagus, memang akan jatuh sakit.

“Jangan pi bantai nasi lemak atau roti, sekilo lepas senaman na. Tak akan kuruih. Percayalah. Tu ja nak pesan. Semoga sihat selalu,” kongsinya

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Untuk pengetahuan, Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya kerana sebelum ini dia pernah tinggal di sana selama dua tahun.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab telah mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6 dan Isabella, 2.

Nourul juga mempunyai seorang anak bersama bekas suaminya iaitu penyanyi Ajai, Ayu Nazirah, 23.

Ayu bagaimanapun tidak mengikuti ibunya ke Bali.

***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Nourul Depp #Gaya Hidup Sihat #Senaman #Gym
;