Kecoh sejak semalam apabila ada sekumpulan pelancong dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan itu berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula ialah RM1,759.50.

Perkara itu sekali gus mencetuskan persoalan ramai adakah harga berkenaan munasabah dan masuk akal.

Enggan situasi tersebut menjadi lebih serius, wakil restoran kemudian tampil memberi penjelasan sebenar mengenai kejadian itu.

“Assalamualaikum saya wakil dari restoran yang viral dengan siakap hidup 7.48kg.

“Saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian.

“Saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ‘ikan show’ di sangkar kami.

“Selalunya kami tidak jual ikan ini dan saya juga telah sarankan supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain di dalam petak yang untuk order makan.

“Saiz ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1kg - 1.5kg sahaja tetapi pihak customer masih insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega,” kata wakil restoran berkenaan.

Menurutnya lagi, pihak restoran juga telah menangkap ikan siakap itu untuk ditunjukkan kepada pelanggan tersebut.

“Tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dengan ordernya.

“Berkenaan dengan anggaran size yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan, pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan memang besar.

“Point kedua berkenaan dgn kad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa pun di dalam pembayaran beliau.

“Bil yang ditunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk dua bil tersebut rm1852.50.

“Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat, LHDN apa semua jangan risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia,” jelasnya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.