"Jangan Risau, Kami Tak Kacau Tempat Letak Kereta OKU" - Fynn Jamal
Badrul Hashim
06/01/2021 07:00 MYT
06/01/2021 07:00 MYT
Dalam satu entri di Instagram miliknya, usahawan dan bekas penyanyi Fynn Jamal berkongsi sebab mengapa kereta mereka mempunyai pelekat Orang Kelainan Upaya (OKU).
“kenapa kereta akak ada sticker OKU? Sebab di dalamnya ada anak OKU yg seperti bom jangka. bila-bila masa sahaja boleh meletup.
"Jangan risau. Kami takkan kacau OKU parking. kami ok je parking mana-mana. sticker bukan untuk mengelat. kitorg pun malas nak pura-pura tempang keluar kereta kalau parking kat OKU space," tulis Fynn.
Tambah Fynn, ada ketika keadaan anaknya baik-baik sahaja dan tenang di dalam kereta, tetapi ada ketikanya berlaku keadaan yang tidak diingini.
"Bayangkan di waktu-waktu tengah drive dengan bertenang tiba-tiba dia meltdown dan dok pukul-pukul drebar (sesiapa pun di belakang stereng; mami ke dedi— kalau dia nak balun memang balun je).
"Sticker OKU tu supaya orang boleh jaga jarak dengan kereta kami. supaya orang lebih alert dan hati-hati. As everyone should be bila nampak kereta berpelekat OKU," tambah Fynn lagi.
Menurut Fynn, OKU bukan hanya satu jenis dan mereka yang mengalami autisme juga bukan ada satu dimensi sahaja.
"Boleh train. Boleh guide. Tapi not necessarily dia akan taat dengan arahan. Anak-anak gini agak sulit untuk difahamkan.
"Tapi korang yang membaca semua ni boleh difahamkan, kan? Boleh faham yang anak-anak syurga gini tak semua ada capability untuk mendapat faham, kan?" tulis Fynn lagi.
Fynn dan suaminya Tri mempunyai dua orang anak, Bakti Arjuna Fitri Abdullah yang mengidap autisme dan seorang anak perempuan, Sakti Kencana Fitri.
Kredit Gambar: Instagram Fynn Jamal