Gaya Hidup

Jangan Salah Faham, Green Tea Bukan Shortcut Kurus! Ini Penerangan Pakar Pemakanan

gempak
Mya Amri
20/07/2020
08:37 MYT
Sponsor Banner
Jangan Salah Faham, Green Tea Bukan Shortcut Kurus! Ini Penerangan Pakar Pemakanan
Green Tea sememangnya sering dikaikan sebagai salah satu petua untuk menguruskan berat badan.
Sebut sahaja Green Tea pasti ramai yang secara automatik akan mengeluarkan pertanyaan seperti “minum ni je? diet ke?”.
Namun jangan keliru, menerusi perkongsian bermanfaat pakar pemakanan, Syaza menerusi posting di Facebook Makmal Makanan (MaMa), Green Tea bukan jalan pintas untuk kurus.
Berikut merupakan perkongsian Syaza:
“Sebenarnya masih kurang lagi kajian tentang keberkesanan green tea dalam penurunan berat badan.
“Antara kajian yang dah dilakukan, menunjukkan bahawa komponen tertentu dalam green tea, termasuk bahan kimia tumbuhan yang dipanggil catechin, boleh mengurangkan berat badan dan menyokong penurunan berat badan.
"Kandungan caffeine didalamnya juga dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisma badan.
“Walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan ekstrak teh hijau yang sangat tinggi berbanding dengan apa yang kita minum.
“Tetapi hakikatnya jika kita banyak minum air kosong (sekurangnya 2 liter), juga terbukti menurunkan berat badan.
“Dalam satu kajian selama setahun dijalankan, 173 wanita mendapati bahawa minum lebih banyak air kosong sahaja dapat menurunkan berat badan dan lemak yang lebih banyak, tanpa mengira jenis diet atau senaman.
“Kesimpulannya, kesan green tea terhadap penurunan berat badan hanya mempunyai kesan yang kecil dan tidak signifikan.
“Mengambil green tea terlampau banyak juga (3-6 cawan) sehari boleh menjejaskan penyerapan nutrien kerana kandungan caffeine yang ada.
“Namun jika diambil secara bersederhana, green tea akan dapat membantu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih tenang.
“Ia juga boleh menambahkan fokus dan tumpuan selain memberi manfaat kepada kesihatan dan mencegah keradangan oleh kerana kandungan antioksida yang tinggi didalamnya.
“Kalau betul nak kurus, elakkan minuman manis atau elakkan tambah gula dalam minuman.
“Green Tea harus dinikmati sebagai sebahagian daripada diet berkhasiat, bukannya jalan shortcut,” jelasnya.
Diharapkan dengan perkongsian bermanfaan ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu buat pembaca Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024