Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri ditegur netizen selepas memuat naik foto bersama ibu kesayangannya, bonda Rozita.

Ini kerana kapsyen yang ditulis Aliff itu membuatkan netizen berasa kurang senang dan tidak sesuai dari segi hukum agama.

“Kenalkan isteri baru saya, manis tak awak @bondarozitaibrahim,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menegur Aliff supaya tidak menyamakan isteri dengan ibu kerana terdapat hukum agama mengenai perkara itu antaranya:

“Belajar hukum bila berbicara datuk. Tak tahu, bertanya… Sesat jalan nanti meraba. Tegur sesama Islam,”

“Jangan bergurau macam ni datuk, bahaya,”

“Baik datuk tukar caption, tak elok samakan isteri dengan ibu,”

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Selain itu, pemakaian Aliff juga turut menjadi perhatian di mana dia teleh memakai seluar pendek paras atas lutut dan netizen juga berharap usahwan itu lebih peka dalam menjada auratnya.

“Ruginya datuk, aurat lelaki lah yang paling senang nak jaga,”

“Kapsyen datuk kena perbetulkan, aurat tang peha sampai ke lutut kena tutupkan ye. Lepas ni datuk rajin-rajin dengar kuliah bab tentang fiqh,”

Terdahulu, Aliff pernah terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya kemunculan lagunya berjudul Baby Sayang sehingga dianggap sebagai perosak industri muzik.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.