,
Berita

"Jangan Sangka Artis Semuanya Kaya" - Sheila Mambo

ZULHILMI JALIL
11/09/2020
06:22 MYT
Pelakon Sheila Mambo meminta orang ramai agar tidak memandang golongan penggiat seni sebagai kelompok yang menikmati kehidupan serba mewah dengan status mereka sebagai selebriti.
Ini kerana, menurut Sheila, hakikat sebenar, golongan artis juga berdepan cabaran tersendiri untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berusia atau bergelar veteran.
"Bila jadi artis orang labelkan sebagai orang kaya, orang senang..hakikatnya tidak. Bahkan, saya rasa artis Malaysia belum merdeka, masih Malaya kerana segala-galanya di kawal oleh satu badan.
"Kalau dah merdeka, mungkin kita dah jadi macam Amerika Syarikat, artis-artis buat satu filem pun dah boleh hidup, makan untuk 10 ke 20 tahun akan datang.
"Di Malaysia apa sangat yang paling tinggi..jadi orang di luar sana jangan sangka artis semuanya kaya..tidak," katanya kepada Gempak.
Ujar Sheila lagi, bahkan orang 'lama' sepertinya juga sering berdepan dengan isu bayaran yang tidak setimpal.
"Ada pernah tu dapat job untuk dua hari sahaja. Itu pun minta 'dikecil-kecilkan' lagi bayaran.
"Kadang-kadang mereka jadikan alasan sebab pelakon ramai. Walhal minta bukan beribu-ribu pun. Apatah lagi dengan keadaan situasi (pandemik) sekarang, mereka fikir kita akan terima sahaja apa bayaran sebab terdesak," katanya.
Terdahulu, Sheila ditemui ketika Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) di Petaling Jaya Selangor.
Sheila antara 25 penggiat seni yang menerima kediaman PPR menerusi insiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin.
Katanya, selama tinggal di Kuala Lumpur, dia memang hanya menyewa dan tinggal bersama dua orang anaknya.
"Rumah sewa sekarang sudah 20 tahun saya duduk. Sebelum ini tak ada niat nak beli rumah di Kuala Lumpur sebab fikir hari tua ada rumah mak di kampung, tanah pun ada.
"Bila dapat rumah PPR ini syukurlah. Ini kira satu rezeki," katanya.
Dalam pada itu, kata Sheila dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang mungkin mempersoalkan status artis yang dilihat mudah untuk mendiami rumah PPR.
"Orang bergelar Datuk, Datin, Tan Sri kalau dapat rumah ini pun mereka mahu. Janganlah pertikai rezeki orang.
"Jangan banding-bandingkan rezeki. Antara kita, mungkin Allah dah beri rezeki awal..ada ibu bapa kaya. Jadi jangan pertikai. Saya ini, umur nak masuk 58 tahun, baru dapat rumah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Hiburan

Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

gempak
22/09/2024
01:00 MYT
Sejak seminggu lalu dunia hiburan Indonesia kecoh dengan kisah anak-beranak selebriti Nikita Mirzani dan Lolly.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hollywood

Selena Gomez Kini Bilionair, Miliki Nilai Kekayaan Sebanyak ...

gempak
08/09/2024
09:50 MYT
Selena Gomez baru berusia 32 tahun namun jangan main-main apabila menyebut tentang aset atau kekayaan yang telah dimiliki oleh bintang Hollywood ini.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
BorakSeeni