Pelakon Zarina Zainoordin berang apabila ada individu yang rancak memuat naik foto aktiviti merentas negeri tanpa memikirkan akibatnya di masa akan datang.

Menurut Zarina, jika benar individu atau pihat tersebut mendapat kebenaran merentas negeri, tidak sepatutnya kegembiraan itu dikongsi di media sosial.

“Jangan sebab korang upload (gambar), semua kena kurung terus tak boleh keluar rumah…haih geram kita!”

“Faham .. tapi simpan-simpan dalam hati kegembiraan tu.. Jangan upload jangan jadi punca tak boleh keluar keje nanti,” tegasnya.

Bekas bintang Akademi Fantasi musim pertama itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, Zarina tidak menujukan perkara tersebut kepada individua tau pihak tertentu sebaliknya menegur secara am.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

“Kan! Upload sana sini pastu kena kurung melalak satu kampung,” komen salah seorang rakan artis.

“Cover line sikit,” tegur salah seorang peminat.

“Kerana seekor kerbau bawa lumpur...semua terpalit...tak ada rasa simpati dengan orang lain,” berang salah seorang pengikutnya.

Selain Neelofa, beberapa artis lain serta instafamous juga telah memuat naik foto sedang seronok menikmati peluang merentas negeri di media sosial.

A post shared by ZarinaAf2 (@zarinazainoordin)