Pencetus Ummah (PU) Amin menasihatkan masyarakat yang beragama Islam supaya tidak menyambut Halloween.

Menerusi satu posting di Instagramnya, PU Amin menjelaskan hukum menyambut Halloween adalah haram di sisi agama Islam.

Menurutnya, berdasarkan sejarah perayaan tersebut, ia adalah syiar bagi penganut agama Kristian.

"Mereka menyambutnya bagi memperingati roh yang telah mati. Berhati-hati dalam ikut budaya barat," kata PU Amin.

Tambahnya, kenyataan itu diberi sebagai nasihat serta jawapan kepada yang bertanya.

"Tiada alasan lagi jahil dalam sesuatu perkara kerana telah diperjelaskan.

"Jangan sebab nak ikut trend dan viral, kita lacurkan halal haram dalam islam. Hormati bulan Eabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

"Kongsikan dengan nada yang baik dan lembut pada yang lain tentang pesanan ini," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan PU tersebut.

Tidak kurang juga yang memberi pandangan terhadap sikap selebriti yang masih menyambut perayaan berkenaan dengan alasan sekadar suka-suka.

Untuk rekod, tahun ini Halloweeen disambut pada 31 Oktober.

Sekadar nasihat bersama dan jawapan pada yang bertanya . Tiada alasan lagi jahil dalam sesuatu perkara kerana telah diperjelaskan.. . Jangan sebab nak ikut trend dan viral , kita lacurkan halal haram dalam islam.. . Hormati bulan rabiulawal , bulan kelahiran Nabi Muhammad Saw.. . Kongsikan dengan nada yang baik dan lembut pada yang lain tentang pesanan ini . ?❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on