Hiburan
“Jangan Selekeh Dalam Pantang, Tak Bagus Untuk Mental Health” – Hanis Zalikha Ikut Nasihat Doktor
Pelakon Hanis Zalikha berkongsi pesanan doktor kepada wanita baru lepas bersalin untuk sentiasa kelihatan cantik walaupun ketika berpantang.
Hanis mendedahkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut isteri kepada Hairul Azreen itu, doktor berpesan, keadaan selekeh boleh mendatangkan keburukan terhadap ibu yang sedang berpantang
“Masih di hospital sebab confinement lady belum available. Jadi suami yang jaga dekat hospital, senang dengan bantuan ramai.
“Doktor pesan bangun pagi terus mandi bersiap. Jangan selekeh walaupun dalam pantang sebab tak bagus untuk mental health. That is the update. Bye guys,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh doktor itu.
“Yup. Bangun pagi mandi, breakfast sambil layan netflix dekat wad. Honestly anak 2nd, journey selepas bersalin is happier. Masa anak 1st quite stressful sebab konon tak nak rajin mandi, tak nak makan makanan hospital. Ikut cakap orang sangat last-last stress je dapat. Ikut cakap doktor lagi tenang rasa,” komen @mummy_jet
“Betul tu, mandi pagi. Kita akan rasa fresh, kasi wangi-wangi. Saya siap pakai lip gloss @haniszalikha,” tulis @aidayusmawani
“Setuju, walaupun dalam pantang, we have to look good. Walaupun pantang orang dulu-dulu, otherwise (konon tak nak bagi suami 'terpikat' sebab dalam pantang kan. got such thing meh? haha). But as for me, I did modern pantang and I ate balance & healthy foods. Cuma, terserah masing-masing dan kepercayaan masing-masing. By the way, happy pantang Hanis!” coret @maryssa_ras
Terdahulu, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada 24 Mei jam 5.59 petang.
Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.
Foto: Instagram @haniszalikha
Must-Watch Video