Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Senang Untuk Melabel Saya Hipokrit Hanya Kerana Berhijab Ke Majlis Tertentu” - Fasha Sandha

Mya Amri
09/02/2023 23:21 MYT
Pelakon, Fasha Sandha terpanggil untuk menjawab dakwaan segelintir pihak yang menggelarkan dirinya hipokrit hanya kerana berhijab untuk ke majlis tertentu.

Menurut Fasha, tidak adil untuk menilai dan membuat andaian terhadap seseorang hanya berdasarkan penampilan luaran.

“Dah lama tak tulis panjang-panjang. Rasa nak tulis bila terbaca ‘hipokrit’ dan ‘nama pun pelakon’ lepas posting saya mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa semalam…

“Pertama sekali, terima kasih followers kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah judge saya.

“Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian.

“Ya, saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan.

“Jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab? Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat.

“Jangan senang untuk melabel saya ‘hipokrit' hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu,” jelasnya dalam satu kenyataan yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.

Tambah Fasha lagi, dia tidak perlu untuk menjelaskan satu persatu mengenai perkara itu kepada umum melainkan keluarga.

“Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa, kenapa itu kenapa ini, sebab i don't owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle and Allah.

“Akhir sekali, terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat saya dan keluarga dan semoga yang baik-baik berbalik pada kalian juga,” coretnya.

Terdahulu, Fasha memberikan respon berkenaan selepas ada individu yang memberikan komen bertulis “nama pun pelakon” dan juga “hipokrit” di media sosial aktres cantik ini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Fasha Sandha #Berhijab #Dakwaan #Hipokrit
;