“Jangan Sentuh Anak Aku, Dia Muda Lagi” - Shuib Terasa Hati, Netizen Tuduh 'Jual' Anak
Pelawak Shuib meluahkan rasa berang selepas menerima komen negatif dari seorang pengguna di media sosial berkaitan anaknya, Talita.
Menerusi hantaran di akaun Instagram Shuib, memaparkan tangkap layar komen individu yang mendakwa dia ‘menjual’ anak dengan memasuki dunia hiburan.
Pemilik nama Mohd Noor Murad itu dia tidak kisah sekiranya netizen mahu melemparkan kata-kata buruk terhadap dirinya, namun bukan kepada Talita.
Katanya, Talita baru sahaja menceburi dunia seni dan masih belajar tentang selok-belok industri ini.
“Tak kisahlah kau fake account atau tidak, tapi bila kau komen macam ini, aku sebagai bapa memang akan terasa.
“Kalau nak cakap pasal aku, in shaa Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang kecam.
Tapi janganlah sentuh anak aku, dia muda dan baru (di industri) lagi.
“Kalau betul kau nak menegur, cakap dengan aku depan-depan, berani?,” tulisnya.
Terdahulu ini, Shuib berkongsi satu video memaparkan pertean Talita bertemu bersama salah seorang client yang mengambilnya sebagai talent untuk produk kecantikan.
Netizen tersebut bertindak untuk meninggalkan komen negatif kerana berpendapat bahawa Talita masih kecil dan tidak sesuai untuk dunia seni.