Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menyertai program bertentangan dengan hukum syarak Islam termasuk festival Bon Odori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan.

“Kita harap kekeliruan tidak perlu wujud (walaupun risalah Festival Odori menggunakan wanita bertudung).

“Kajian pihak Jakim memang ada unsur keagamaan. Jakim sebagai pihak penyelaras menasihatkan jangan sertai program sebegini atau apa-apa sahaja membabitkan soal agama. Kita kena sayang dengan agama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas festival Bon Odori yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini.

Festival Bon Odori adalah menampilkan persembahan tarian dengan dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun.


Sumber: Kosmo Online