Sejak dahulu lagi, negara kita cukup terkenal dengan penekanan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, selain mengutamakan rukun negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seharian.

Justeru, tidak hairan jika perkara-perkara jelek yang dilakukan secara terbuka sering mendapat perhatian dan kritikan, dan tidak kurang boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah perbuatan tidak sopan seperti bercumbu di khalayak ramai. Apakah yang akan berlaku jika anda didapati melakukan kesalahan ini?

Menurut Enakmen 3 Tahun 1995, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, Seksyen 83 iaitu perbuatan tidak sipan di khayalak ramai, seseorang yang dengan sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, jika seseorang lelaki yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang perempuan selain daripada isterinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Manakala seseorang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seseorang lelaki selain daripada suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: eSyariah

BACA: Nak Cakap Sikit: Isu Bercumbu, Kenapa Yang Perempuan Je Disalahkan? Yang Lelaki Tak Ada Pula Yang Maki!​

BACA: Penyanyi Lelaki Cium Gitaris Lelaki Di Festival Muzik, Band Dari UK Angkat Kaki, Dakwa Digam Di Malaysia?​