"Jangan Sesekali Menduakan Cintanya" - Aeril Zafrel Bagi Peringatan Untuk Diri Sendiri?

Asraf Aided
November 22, 2018 10:58 MYT
Pelakon popular, Aeril Zafrel berkongsi gambar bersama isterinya, Wawa Zainal.
Di ruangan kapsyen, Aeril menulis kata-kata manis untuk menghargai isterinya itu.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Jika ada wanita yang sanggup susah senang bersama, jagalah dia.
"Jangan sesekali menduakan cintanya, peringatan untuk diri sendiri," tulis Aeril sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Aeril bersetuju degan pendapatnya dan memuji ketampanan dan kecantikkan yang dimiliki pasangan suami isteri ini.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
#Aeril Zafrel