“Jangan Sibuk Nak Tegur Rumah Tangga Orang Kalau…” - Che Ta ‘Geram’ Netizen Berterusan Pertikai Caranya Didik Anak
Pelakon Rozita Che Wan menyelar tindakan segelintir netizen yang berterusan mempertikaikan caranya dalam mendidik anak-anak terutama yang bongsu, Aaisyah Dhia Rana.
Cara tersendiri
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri membentuk anak-anak tanpa perlu mengikut acuan orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Jangan sibuk nak tegur rumah tangga orang kalau diri sendiri pun tak betul. Zaman sekarang ramai yang acah-acah dekat media sosial seolah-olah mereka betul.
“Tegur anak kita kenapa tak macam itu, kenapa tak macam ini. Anak awak, ajarlah ikut cara awak. Anak saya, saya ajar ikut acuan saya.
“Sibuk betul nak atur hidup orang. Awak jaga anak awak, saya jaga anak saya. Masing-masing ada cara sendiri,” katanya menerusi video di TikTok.
Terbaik untuk anak
Menurut pelakon berusia 51 tahun itu, setiap ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.
“Zaman sekarang ramai yang terpaling suci, terpaling nombor satu dan terpaling sempurna hidup mereka sampai sibuk nak cerca hidup orang lain.
“Tak payah jadi CCTV hidup orang. Jaga diri sendiri, fokus pada anak sendiri sudahlah,” tegasnya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan isteri kepada aktor Zain Saidin itu selain menyifatkannya sebagai ibu berprinsip tinggi serta tidak mudah melatah.
Untuk rekod, Rozita mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 11 tahun.
Terdahulu, Rozita pernah berkahwin dengan Azuar Effendy Zulkafly pada 26 Ogos 1995 dan berpisah pada 8 Mei 2003.
Hasil perkahwinan pertama itu, dia memiliki dua anak lelaki, Ammar Effendy, 29, dan Aniq Ezzra, 27.
undefined