"Jangan Skip Breakfast!" - Wani Kayrie Kongsi Tip Dapat Anugerah Dekan Setiap Semester
Shahrin Zulkifle
24/07/2022 03:00 MYT
24/07/2022 03:00 MYT
Minggu lalu, pelakon Wani Kayrie,22, berkongsi keputusan cemerlang dengan memperoleh Anugerah Dekan dalam peperiksaan semester di sebuah pusat pengajian swasta.
Diminta berkongsi tips rahsia dalam peroleh keputusan cemerlang, pemilik nama asal Syazwani Abdullah berkata, perkara utama untuk berjaya adalah dapat mengurus masa dengan baik.
“Sebenarnya tiada tips rahsia pun yang saya ingin kongsikan, sebab saya bukanlah sejenis ulat buku yang sepanjang masa belajar.
“Tapi apa yang saya boleh kongsikan, untuk saya yang bekerja sambil belajar ini, paling penting adalah pengurusan masa itu sendiri.
“Bagi saya, jika tidak tahu mengurus masa sendiri bermakna anda gagal untuk mengurus hal-hal anda yang lain juga.
“Dan selebihnya pemakanan memang sangat dititik beratkan, jangan sesekali skip sarapan pagi, kerana sarapan pagi sangat penting untuk kita memulakan hari sebagai seorang pelajar dan pekerja,” katanya.
Pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu ditemui ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan Gempak Tv, Rabu lalu.
Tambah Wany, menjadikan ibu dan adik-beradik lainya sebagi sumber kekuatan, dia sanggup menolak tepi isu penat demi memberikan yang terbaik buat keluarga tercintanya.
“Saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya, saya ada adik-adik yang berada di bawah saya untuk dijaga.
“Meskipun penat, saya perlu kuat dan tunjuk kepada mereka, saya boleh jadi role model dan contoh yang terbaik untuk mereka.
“Selain adik-beradik, sudah pastinya ibu saya adalah sumber kekuatan dan semangat untuk kuat.
“Masa saya kecil dulu, ibu saya banyak sangat bekorban untuk saya, jadi bila saya sudah besar, saya akan ambil semangat itu balas jasa dia,” jelas Wany.
BACA : Gila 7 Subjek Dalam Satu Semester Cemerlang Wani Kayrie Raih Anugerah Dekan Dalam Peperiksaan