"Jangan Suka-Suka Guna Nama Orang" - Azza Elite Kesal Nama Disalah Guna Jadi Ejen 'Sugar Mummy', Guna Foto Pelanggannya

ZULHILMI JALIL
Jun 1, 2020 04:34 MYT

Pelakon Azza Elite meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan namanya di sebuah aplikasi media sosial.

Bahkan, menurut Azza individu tersebut turut menggunakan foto pelanggannya dipercayai untuk tujuan yang salah.
"Itu scammer tu. Saya pun nak suruh peminat saya semak sama ada dia dah turunkan ke belum. Saya bagi tempoh masa 24 jam.
"Jika tidak saya akan buat laporan polis sebab dia menggunakan nama saya," katanya ketika dihubungi Gempak.
Katanya tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang sewenang-wenangnya menyalahgunakan maklumat peribadi orang lain.
"Ye dia guna nama sahaja, tapi biar kena ajar. Jangan suka-suka guna nama orang," katanya.
Terdahulu, Azza menerusi posting di Instagram mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya Azza Elite di akaun MiChat.

Bahkan, akaun tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti tidak bermoral apabila memaparkan profil akaun sebagai 'sugar mummy agent'.
Difahamkan, individu tersebut juga menggunakan gambar Aerin Saibi iaitu adik kepada pelakon Gerak Khas, Salina Saibi.
Bagaimanapun, hasil semakan terbaru, difahamkan akaun tersebut dipercayai sudah dipadam apabila gagal dikesan.
Saksikan program yang menampilkan Azza Elite di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Azza Elite #Scammer #Sugar Mummy