Kalau diimbas kembali permulaan tahun 2020 pasti semua bersetuju ia antara paling mencabar buat kita semua.

Tidak dinafikan, pandemik yang muncul ini telah memberikesan kepada kita baik dari segi emosi dan juga hal kewangan.

Ye lah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, pasti operasi kerja atau perniagaan itu agak terbatas bukan?

Mungkin disebabkan ini juga ramai yang sedang tercari-cari sumber pendapatan yang boleh meringankan beban.

Silap hari bulan boleh jadi boss sendiri, siapa tahu kan?

Tapi persoalannya wujudkan peluang sebegitu?

Ini antara sebab mengapa anda boleh mencuba peluang daripada Celcom ini.

#1 Kos Rendah Jer, Tak Perlu Keluar Duit Banyak-Banyak



Kalau nak tahu program BeBoZz by Celcom ini merupakan inisiatif baru daripada Celcom untuk mencari ejen produk mereka.

Jika anda berumur 18 tahun ke atas dan boleh bekerja secara berdikari, ia sudah memadai untuk menjadi ejen.

Paling penting kos untuk nak jadi ejen tidak tinggi seperti produk yang lain.

Hanya RM20 untuk pendaftaran dan dapatkan set produk Celcom untuk memulakan perniagaan anda.

Sesuailah buat mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak.

Modal tak perlu banyak yang banyak itu hanya komisyen yang anda dapat. Untung tau!


#2 Masa Fleksibel Habis!


Satu perkara yang selalunya menjadi halangan untuk mencari kerja sampingan ini adalah tempoh masa bekerja.

Kebanyakan peluang yang ada memerlukan kita bekerja pada waktu pejabat sekurang-kurangnya 8 jam.

Pastinya tempoh begini agak sukar buat sesetengah daripada anda.

Tapi apa yang bestnya dengan BeBoZz ni masa sungguh fleksibel!

Terpulang pada anda untuk menguruskannya yang penting sasaran jualan tu hit!

Jadi tiada masalah buat mereka yang mahu menguruskan hal rumah, hal anak, mahupun pekerjaan sampingan lain.


#3 Tiada Lagi Yes Boss, Kini Anda Lah Boss!


Sudah namanya pun BeBoZz, pasti Celcom mahu anda menjadi boss untuk perniagaan anda.

Bermula daripada kos ‘start-up’ sehinggalah tempoh masa anda bekerja, semuanya boleh dilakukan sendiri.

Tiada lagi ‘yes boss’ kerana anda lah boss sekarang.

Tiada lagi tekanan daripada boss, jiwa pun tenang je nak berniaga dengan BeBoZz.

Masa ini lah nak ‘upgrade’ potensi diri anda dalam bisnes!


#4 Nak Apply Jadi BeBoZz Semudah ABC!





Melihat segala kelebihan BeBozz ini pasti anda tertarik bukan?

Sudahlah masa bekerja fleksibel, kini boleh jadi boss pula.

Jadi bagaimana jika berminat?

Anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah ini saja.

Langkah 1 - Muat turun aplikasi Celcom Pulse di Google Play Store atau Huawei App Gallery.

Langkah 2 - Daftar dan masukkan maklumat anda bersama pembayaran yang berkaitan.

Langkah 3- Tunggu sehingga email pengesahan dihantar kepada anda.

Langkah 4 - Permohonan akan diproses dalam tempoh dua hari bekerja dan wakil Celcom akan menghubungi anda untuk arahan lanjut.

Anda boleh muat turut aplikasi Celcom Pulse di Google Play dan App Gallery.

“Kalau guna number telco lain boleh jadi ejen juga ke?”

Soalan ini memang sering didengari, korang jangan risau, Celcom ingin membantu semua golongan masyarakat untuk dapatkan duit poket lebih malah boleh jadi duit dominan untuk seseorang.

Kalau pakai telco lain…

Macam mana kalau guna telco lain pun, korang boleh juga daftar untuk jadi BeBozz. Bestnya sekarang juga nak daftar lah!

Jadi apa tunggu apa lagi guys?

Confirm korang nak duit 'extra' waktu musim wabak pandemik ni kan?

Untuk sebarang maklumat, sila layari laman web Celcom untuk lebih lanjut lagi.