Masuk saja tahun baru, perkara yang paling banyak dikongsi di media sosial adalah kemunculan kereta terbang.

Menariknya, kebanyakkan netizen bukannya mahu memuji usaha murni berkenaan, sebaliknya menyindir inisatif terbabit.

Namun, disebalik tanggapan negatif itu, tahukah anda, kereta terbang sudah mula menerima tempahan awal di luar negara!

Antara yang laris adalah kereta berkuasa 230hp ciptaan syarikat Belanda yang sehingga kini telah menerima tempahan sebanyak 70 unit.

Harganya pula dijual AS$599,000 (RM2.5 juta) seunit.

Difahamkan, kereta Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V) yang disertakan dengan dua kerusi itu mampu terbang sepantas 322kmj, manakala kelajuan maksimum atas jalan ialah 160kmj.

Kereta itu akan mula diedarkan pada 2021 dan pengguna yang membuat pembelian perlu mendapatkan lesen memandu kereta dan lesen juruterbang sebagai syarat memiliki dan mengendalikan PAL-V.

Untuk rekod, Malaysia bakal melancarkan kereta terbang pertama negara awal tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebelum ini menjelaskan kereta itu sedang rancak dibangunkan di Eropah.

“Perbincangan sudah dilakukan dengan pihak yang mengusahakannya, sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertama tahun depan," katanya.

Sumber: Pandulaju