Hiburan

Jangan Takut Bersenam, Dr Say Shazril Pesan Ikut Kemampuan Diri - "Janganlah Hari Pertama Terus Nak Gear Lima ..."

gempak
Zulaikha Yusof
11/12/2020
13:10 MYT
Sponsor Banner
Jangan Takut Bersenam, Dr Say Shazril Pesan Ikut Kemampuan Diri - "Janganlah Hari Pertama Terus Nak Gear Lima ..."
Pengacara My Doktor, Dr. Say Shazril menyatakan kecederaan yang dialami penyanyi Amira Othman yang mengakibatkan kecederaan otot paha dan pendarahan itu boleh juga terjadi kepada individu yang sudah lama bersenam.
BACA: "Over Workout Otot Pecah, Buang Air Kecil Jadi Warna Hitam" - Amira Othaman Dimasukkan Ke Hospital, Hari-Hari Menangis Sakit
Menurut Dr Say atau nama sebenarnya, Dr Muhammad Shazril Sharuddin berkata kecederaan Amiradipanggil Rhabdomyolysis.
"Bila @amiraaothman dimasukkan ke wad akibat kecederaan yang dialaminya baru-baru ni, kecoh inbox saya dengan pengikut minta ulas apa yang berlaku. Kepada yang taktau cerita, Amira kali pertama pergi indoor cycling dan pada masa tu kelasnya agak tegang maka dia push dirinya.
"Akibat push dirinya di luar kemampuan, pehanya sakit dan sakitnya jadi semakin teruk diiringi air kencing menjadi hitam. Persoalannya normal ke ni doktor?
"Jawapannya tak normal namun tak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah saya yang dah bersenam walaupun dah 12 tahun.
"Keadaan ni medical termnya bernama Rhabdomyolysis. Bahasa mudahnya, muscle breakdown. Kalau sesiapa yang biasa bersenam baik jogging, berbasikal, weight training memang akan ada minor muscle breakdown ni yang mana otot yang cedera itu akan digantikan dengan sel-sel baru yang membuatkan otot anda lebih kuat.
"Akan tetapi bila seseorang tu push diri dia melebihi kapasiti macam dalam kes Amira, akan berlakunya major muscle breakdown dan ini bahaya sebab hasil pemecahan otot tu akan masuk ke saluran darah dan akan ditapis di hati dan buah pinggang yang sekiranya terlampau banyak mampu merosakkan organ-organ ni," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
Sementara itu, Dr Say menekankan orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana apa yang penting adalah dengan mengetahui kemampuan diri masing-masing.
Tambah Dr Say, mulakan senaman dari tahap rendah iaitu satu dahulu bagi membiasakan tubuh badan.
"Jadi persoalannya saya kena berhenti bersenam ke doktor? Saya takut organ dalaman saya rosak. Jawapannya tak perlu takut, selama anda tahu kemampuan diri anda. Walaupun Amira pun sedar yang dia terlebih push pada hari pertamanya ber-indoor cycling.
"The key are slow and steady. Janganlah hari pertama anda bersenam terus nak gear lima. Mula gear satu dulu. Rasa badan makin teguh, makin tegap, makin stabil, naik gear dua.
"Ingat satu ja pesan saya, adopting a healthy lifestyle is a marathon, not a sprint. Tak perlu gopoh-gopoh, just enjoy the procees okay? Dah tak payah takut bersenam dah ok peeps? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Amira," tulisnya lagi.
Instagram: @say_shazril
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live