Laman Utama

Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut Tampilkan Gandingan Pertama Kali Mark Adam, Amerul Affendi & Syuk Sahar!

gempak
Asraf Aided
05/07/2021
05:10 MYT
Sponsor Banner
Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut Tampilkan Gandingan Pertama Kali Mark Adam, Amerul Affendi & Syuk Sahar!
Jangan bosan berada di rumah ketika pandemik ini kerana satu lagi filem akan menghiburkan akan menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First mulai 8 Julai ini!
Ya, filem komedi seram berjudul Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut arahan Nazir Jamaluddin ini akan menemui anda beberapa hari sahaja lagi.
Antara yang menarik mengenai filem ini, ia menyaksikan gandingan kali pertama Mark Adam, Amerul Affendi dan Syuk Sahar selaku teraju utama.
Mendengar pada nama mereka sahaja, sudah tentu kita dapat membayangkan betapa filem ini akan mencuit hati para penonton!
Selain trio tersebut, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut turut dibintangi pelakon berbakat lain seperti Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Ropie, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Menurut Penerbit Eksekutif Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut, Fuad Rodzi berkata, pada mulanya filem ini dirancang untuk tayangan di pawagam, namun disebabkan situasi semasa, pihaknya tidak mahu menangguhkan dan memilih platform Astro First.
“Filem ini pada awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam, namun lanjutan daripada situasi semasa, pihak kami membuat keputusan untuk tidak menangguhkan tayangannya dan memilih platform Astro First untuk mempersembahkan karya ini kepada masyarakat.
"Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut adalah sebuah filem komedi seram yang sarat dengan nilai murni yang boleh diambil sebagai teladan. Malah, antara daya tarikan filem ini, ia bukan sahaja menonjolkan lakonan oleh pelakon terkenal, tetapi turut menampilkan subplot dan tiga cerita berbeza di dalam sebuah filem. Pihak penerbit, kru dan barisan pelakon telah memberikan yang terbaik dan kami harap para penonton akan menyukai filem ini," katanya.
Sementara Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, pihaknya berbesar hati melihat platform Astro First terus mendapat kepercayaan daripada penggiat seni tempatan untuk mempersembahkan karya mereka.
“Pihak kami rasa berbesar hati melihat platform Astro First terus mendapat kepercayaan daripada penggiat seni tempatan untuk mempersembahkan karya mereka kepada penonton, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang begitu mencabar ini.
"Sementara itu, pihak kami tidak akan henti menyokong rakyat untuk terus kekal berada di rumah dengan membawakan pelbagai lagi filem menarik untuk tontonan dan hiburan yang mampu membawa penonton keluar seketika daripada tekanan," kata beliau.
Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.
Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.
Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.
Nak tahu lebih lagi? Anda harus tonton filem ini di Astro First, mulai 8 Julai ini okay!
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024