"Jangan Takut Untuk Bersedekah" - Anzalna Bangga Suami Pinjamkan 4WD Untuk Kegunaan Ustaz Firdaus Wong

Badrul Hashim
April 15, 2020 00:30 MYT
Banyak cara sebenarnya untuk kita bersedekah dan melakukan amal jariah. Mungkin bukan dengan wang ringgit, tapi tenaga dan juga pertolongan yang mudah.
Itulah yang dilakukan oleh Hanif Zaki, suami kepada pelakon jelita Anzalna Nasir yang menggunakan hubungan baik dengan tempat kerja untuk membantu.
Dalam satu entri di Instagram milik Anzalna, dia berkongsi perkara baik tersebut.
"Bila namanya perniagaan, memang ada untung ada rugi. Tapi janganlah takut untuk bersedekah dan berjariah dan tak perlu tunggu kaya baru nak buat semua ni.
"Alhamdulillah rezeki ustaz @firdauswong dapat Triton untuk digunakan bagi mengedarkan sumbangan sepanjang tempoh PKP. Terima kasih ustaz kerana membantu mereka yang memerlukan," tulis Anzalna.
Menurut video yang dikongsi, Hanif dengan kerjasama Mitsubishi cawangan Ampang meminjamkan kenderaan 4WD Triton untuk kegunaan Ustaz Firdaus Wong mengedarkan sumbangan kepada asnaf dan B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.
Pada entri di Instagram Ustaz Firdaus Wong, dia juga mengucapkan terima kasih kepada Hanif atas usaha mereka itu.
"Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.
"Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini," tulis Ustaz Firdaus.
Anda juga boleh menyumbang untuk membantu dengan menghantarkan wang bantuan kepada MAYBANK, Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor pada akaun nombor 5648 1052 0353
#Anzalna Nasir #Hanif Zaki #Sumbangan