"Jangan Takut Untuk Bersenam" - Amira Othman Dibenarkan Discaj Wad Selepas Alami Masalah Air Kencing Hitam
ZULHILMI JALIL
11/12/2020 08:10 MYT
11/12/2020 08:10 MYT
Pelakon dan penyanyi Amira Othman sudah dibenarkan keluar dari wad hospital hari ini selepas mendapatkan rawatan ekoran masalah urin berwarna hitam baru-baru ini.
Menurut Amira, biarpun sudah dibenarkan pulang ke rumah, dia masih lagi perlu masa berehat untuk pulih sepenuhnya.
"Alhamdulillah. Saya sudah dibenarkan keluar wad hari ini.
"Tak boleh kerja lagi. Kena rehat sekurang-kurangnya dua minggu. Minta maaf pada semua kerja yang terpaksa saya tangguhkan. Insya-Allah lepas ini sihat kita kerja semula," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Terdahulu, Amira ditahan di wad sebuah hospital swasta di Bangsar, Kuala Lumpur selepas mengadu mengalami perubahan warna pada air kencingnya yang menjadi hitam.
BACA: "Over Workout Otot Pecah, Buang Air Kecil Jadi Warna Hitam" - Amira Othman Dimasukkan ke Hospital, Hari-Hari Menangis Sakit
Masalah tersebut dikatakan berlaku akibat aktiviti sukan secara berlebihan sehingga otot pada badannya pecah dan berdarah sehingga mengganggu buah pinggang dan hati.
"Mengambil makanan tambahan sahaja tidak akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati.
"Banyak faktor lain yang boleh memberi kesan kepada organ ini, jadi, tolong bertanyakan dengan seseorang yang mempunyai pengetahuan lebih mengenainya," katanya.
Dalam pada itu, kata Amira lagi insiden yang menimpa dirinya itu diharapkan menjadi pengajaran buat orang di luar sana.
Bahkan, katanya, dia berharap tiada pihak yang salah faham sehingga takut untuk melakukan aktiviti kecergasan selepas ini.
"Apa yang saya kongsikan kepada anda semua hanyalah sebagai kesedaran dalam senaman.
"Saya tak pernah berniat nak beritahu yang senaman itu membahayakan, cuma mahu kita semua berhati-hati dalam melakukan apa jua bentuk senaman,
"Tolong jangan takut untuk bersenam. Bersenam bagus untuk badan, cuma perlu tahu limit sahaja," katanya.