"Jangan Tanya Ubat Kurus Apa Saya Makan..." - Ini Rahsia Shima Anuar Turun Berat Badan

ZULHILMI JALIL
Mac 11, 2020 07:48 MYT
Pelakon Shima Anuar memberitahu bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang ubat untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus.
Sebaliknya, Shima, 29, berkata dia hanya mengamalkan cara pemakanan yang sihat sahaja.
"Jangan tanya ubat kurus apa saya makan. Saya tak pernah ambil langsung. Hanya makan secara sihat, bersenam dan minum air banyak-banyak," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Isntagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon drama Sha & Shah itu turut memaparkan bacaan penimbang berat badannya yang menunjukkan penurunan.
Difahamkan Shima mengalami penurunan sebanyak lebih satu kilogram (kg) daripada 55 kg kepada 53.3 kg hanya dalam tempoh tiga hari sahaja.
Bahkan sejak kelmarin, Shima turut berkongsi menu makanan yang dimasak secara sihat setiap.
Antara yang digunakan Shima termasuklah menggantikan makanan ruji, nasi kepada bijirin oat dalam diet pemakanannya.
Perkongsian Shima itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang kagum dengan apa yang dilakukannya.
"Menangis tengok. Seronoknya! Tapi tu lah makan oat setiap hari boleh demam.
"Rasa nak muntahkan balik sosej and nuget yang baru makan kejap tadi. Hahahha. Seronoknya berat 53kg.
"Saya nak turun bawah rumah sekarang beli oat sebab awak," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Saksikan drama lakonan Shima di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Kurus #Diet #Shima Anuar