Laman Utama

"Jangan Terasa Kerana..."- Neelofa Pesan Jangan Sesuka Hati Cium Bayi Orang, Kongsi Pengalaman Ketika Bilal...

gempak
Syafiqah Jalal
09/11/2022
00:34 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Terasa Kerana..."- Neelofa Pesan Jangan Sesuka Hati Cium Bayi Orang, Kongsi Pengalaman Ketika Bilal...
Selebriti popular, Noor Neelofa pesan supaya sesiapa sahaja tidak sesuka hati mencium bayi bukan milik mereka.
Kata Neelofa, 33, ia demi menjaga kesihatan anak terutama yang masih kecil dari sebarang penyakit yang mudah dijangkiti.
"Jangan cium bayi orang lain. Cium anak sendiri boleh. Ok?
“Jangan terasa kerana itu semua demi kesihatan si kecil,” katanya.
Nasihat itu diberikan pengacara program Next To Neelofa itu dalam satu hantaran InstaStory.
Isteri kepada PU Riz itu turut berkongsi penglaman yang bimbang apabila melihat anaknya, Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan disentuh individu lain.
“Kadang-kadang apabila tengok orang luar memegang pipi anak sendiri pun, saya sudah rasa tak boleh bernafas.
“Apatah lagi jika mencium Bilal. Ummi dia menjerit tidak berlagu,” katanya lagi.
Dalam perkongsian yang sama, dia turut mengulang siar sebuah video seorang ibu dari luar negara yang berkongsi mengenai sebab orang ramai tidak memegang bayi milik orang lain sesuka hati.
Antaranya ialah jangkitan pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah penyakit yang akan menjejaskan paru-paru dan sistem badan lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live