Pelakon Zizie Izzete mendedahkan berat badanya turun sehingga hampir 20 kilogram (kg) selepas 44 hari berpantang.

Zizie berkata berat itu susut melebihi berat badannya yang naik ketika hamil iaitu 16kg.

Menurut Zizie, dia tidak melakukan diet yang drastik kerana masih menyusukan bayinya kerana apa yang penting jumlah makanan yang diambil setiap hari.

“Gained 16 kg from my last pregnancy and lost almost 20kg in 44 days right after delivery. Of course, diri sendiri kena kuat x boleh cheat esp when u hv a room full of chocolate.

But pls go easy on urself esp breastfeeding mothers out there. Jangan terlalu berdiet sampai susu badan jadi berkurangan dan tak berkhasiat. I always practice portion control and counting calories.

“Breastfeeding juga banyak membantu bakar lemak.
So untuk kuruskan badan, selain rawatan2 dari Natalis, saya banyak bagi susu badan dan pump untuk baby so badan saya bakar lebih calorie dlm satu hari since I’m a c sect mother and exercise is not an option for the first few months after delivery,” tulisnya.

Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto terbaharunya yang kelihatan semakin kurus.

Pun begitu, Zizie memberitahu dia maish perlu menurunkan berat badannya sebanyak 10kg lagi dan oleh itu dia merancang untuk menyambung rawatan berpantang selama 28 hari.

“And my weight loss journey doesn’t end here.
To look good, I need to lose another 10kg!
I will take one step at a time.

”Oleh kerana keberkesanan team Natalis menjaga saya, saya sambung lagi rawatan berpantang selama 28 hari lagi,” katanya lagi.

Zizie baru sahaja melahirkan anak ketiganya Aalisa Belle Izzete pada 1 Mac lalu.

Pelakon itu berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar pada 2009.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang lahir pada 29 Disember 2017.

Selain itu, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette yang kini berusia setahun.

Gained 16 kg from my last pregnancy and lost almost 20kg in 44 days right after delivery. What I had to do was to follow all @natalismothercare ‘s healthy menu every single day! Of course, diri sendiri kena kuat x boleh cheat esp when u hv a room full of chocolate. ??? But pls go easy on urself esp breastfeeding mothers out there. Jgn terlalu berdiet smp susu badan jadi berkurangan & x berkhasiat. I always practice portion control and counting calories. Breastfeeding juga bnyk membantu bakar lemak. So utk kuruskan badan, selain rawatan2 dari Natalis, saya bnyk bg susu badan dan pump utk baby so badan saya bakar lebih calorie dlm satu hari since I’m a c sect mother and exercise is not an option for the first few months after delivery. And my weight loss journey doesn’t end here. To look good, I need to lose another 10kg! I will take one step at a time. Oleh kerana keberkesanan team Natalis menjaga saya, saya sambung lagi rawatan berpantang selama 28 hari lagi. Yasssss we can do this @natalismothercare ???

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on