Hiburan

Jangan Terpedaya... Ada Scammer Menyamar Jadi Imam Muda Asyraf Minta Duit!

gempak
Kamaruddin Razal
30/07/2020
00:25 MYT
Sponsor Banner
Jangan Terpedaya... Ada Scammer Menyamar Jadi Imam Muda Asyraf Minta Duit!
Pendakwah Imam Muda Asyraf mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto dirinya untuk tujuan penipuan.
Memohon agar semua pihak berhati-hati, Asyraf berkongsi modus operandi individu terbabit menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram miliknya.
"Salam buat semua kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara yang mengenali mahupun tidak. Saya minta agar semua berhati-hati dengan pembohongan ini.
"Sekiranya anda mendapat mesej dari number ini. (0175257169) Yang menggunakan gambar saya. Jangan layan. Kerana ia satu penipuan," tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambah Asyraf, individu terbabit telah menipu dengan meminta wang daripada beberapa individu lain.
"Harap semua berhati-hati dengan number ini kerana pada malam ini, beliau telah menipu meminta wang dari beberapa individu dengan menggunakan gambar saya," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Asyraf agar membuat laporan polis dengan segera.
BACA: Scammer Menyamar Guna Gambar Lan Solo, Minta Pekerja Pindahkan Wang
BACA: Kena Pukau Dengan Scammer, Sarah Hildebrand Tak Sangka Ditipu & Hilang Sejumlah Wang Ringgit
Sebelum ini, beberapa selebriti lain seperti Sarah Hilderbrand, Lan Solo, DJ Lin, Mawar Rashid dan Fadzil Zahari juga pernah menghadapi pengalaman buruk dengan mereka yang bergelar scammer.
BACA: “Dia Call Cakap Ada Kes Mahkamah...”- Terima Panggilan Scammer, Fadzil Zahari Minta Hati-Hati Dengan....
BACA: Terima Panggilan Scammer, Mawar Rashid Minta Peminat Lebih Berhati-Hati
BACA: "Tak Selamat Hidup Tu Kalau Tipu Orang .." - DJ Lin Bengang Diganggu Scammer
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live