"Jangan Tonton Trailer 'Spiderman: Far From Home' Jika..." - Tom Holland

Kamaruddin Razal
Mei 7, 2019 22:06 MYT
"Jangan tonton trailer Spiderman: Far From Home jika anda belum lagi menyaksikan Avengers: Endgame."
Itu adalah pesanan pelakon utama Spiderman, Tom Holland yang muncul pada awal trailer terbaharu itu, lapor Astro Awani.
Menurutnya, anda perlu menonton filem "Avengers: Endgame" terlebih dahulu kerana terdapat spoiler dalam trailer terbaharu filemnya itu.
Selain Tom Holland, filem kerjasama di antara Marvel Studio dan Sony Pictures ini dibintangi oleh Samuel L. Jackson, Zendaya, Cobie Smulders, Jacob Batalon dan Marisa Tomei.
Filem arahan Jon Watts ini akan menemui peminat pada 2 Julai 2019.
Filem "Avengers: Endgame" dilapor telah mendapat kutipan sebanyak AS$2 bilion dalam masa 11 hari tayangan.
#Spiderman