Hiburan
"Jangan Tunjuk Diri Ni Bod*h Ya..."- Ini Pesan Tiz Zaqyah Kepada ....
Pelakon Tiz Zaqyah, 32, mengingatkan kepada semua orang supaya menjaga kebersihan pantai ketika melancong ke sana.
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan orang ramai melakukan aktiviti pelancongan domestik negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa.
Menurut Tiz, seharusnya sikap menjaga kebersihan itu perlu dipraktikkan tidak kira di mana berada.
"Yang seronok nak ke pantai bagai, tolonglah jaga kebersihan tu. Sampah jangan buang merata. Nampak sampah tepi pantai tu tolong la kutip.
"Ajar anak beranak hormat kebersihan kat kisahlah kat mana mana. Jangan jadi bangsa tak peduli. Jangan tunjuk diri ni bodoh ya. Ini umum," tulisnya di laman Twitter miliknya.
Tambah pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak mendedahkan kunjungan terakhir dirinya ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi sangat menakutkan keadaan persekitarannya.
"Seram tengok Tasik Dayang Bunting kali terakhir saya berada di sana. Saya pasti sekarang bersih sangat sebab tak ada lawatan beribu-ribu manusia dah. Tengok lah berapa lama akan bertahan.
"Akhir sekali. Bersikap baik antara satu sama lain dan kekal selamat," tulisnya lagi.
Ye sis.. seram tengok Tasik Dayang Bunting the last time i was there.I’m sure sekarang bersih sangat sebab tak ada lawatan beribu2 manusia dah. Tengok lah how long will this last.— TIZZY (@iamTizZaqyah) June 7, 2020
Must-Watch Video