"Bila akal pendek jadilah begitu," itulah keluhan netizen setelah melihat video tular memaparkan satu individu menumbuk seorang penjawat awam.

Video tular berdurasi 50 saat itu dikongsi menerusi Platform X oleh seorang pengguna yang mengkritik sikap segelintir netizen yang berasa bangga apabila penjawat awam itu dikasari.

BERITA TRENDING: Niat Nak Viralkan Photographer Sebab Gambar Kahwin Tak Jadi, Pasangan Pengantin Ini Teruk Dikecam - "Jenis…

"Ada juga netizen bangga orang tumbuk JPJ. Jangan bodoh sangat. Kalau kita tak hormat badan beruniform, negara nak jadi apa?," tulis individu tersebut.

Entri berkenaan mendapat reaksi ramai warganet di mana rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berikut.

"Puas tumbuk berapa saat sahaja, selepas tu menyesal berbulan-bulan,"

"Kalau ada masalah, report. Jangan tunjuk samseng,"

"Penjenayah sahaja yang sokong penjenayah sambil bersorak bangga. Malu perangai macam ni."

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, tiada informasi spesifik tentang lokasi dan sebab kejadian itu berlaku.

Sumber: Platform X