"Janganlah Memain Dengan Benda-Benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je Tapi ....." - Feeya Iskandar Kongsi Pengalaman Dimasukkan Ke CCU

Rozaimi Zubaidi
Februari 19, 2019 06:56 MYT
Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah bersyukur apabila keadaan kesihatannya semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Cik Piah berkongsi pengalamannya dan punca dia dimasukkan ke dalam unit Penjagaan Kritikal (CCU).
"Ini antara pengalaman yang tak dapat di lupakan. Kena duk wad ccu okey. Di sebabkan sesak nafas. Pada mulanya pergi klinik sebab Cik Piah kena gegatal satu badan, bayangkanlah gatalnya macam mana kan?
"Allergic sebab salah makan ke apa. So mintak doc inject, lepas tu memang hilang terus gegatal tu tapi tup-tup lepas tu kepala terus pusing-pusimh. Rasa nak pitam. Terus rasa susah nak bernafas.
"Terpikir waktu tu sebelum nak pergi inject tu memang tak sempat breakfast. Perut kosong. Mungkin juga tindak balas ubat tu kot. Teruslah husband bawak pergi hospital sampai-sampai check pulak tekanan darah rendah.
"Tapi bila dia kasi neb tu lega rasanya. Oksigen waktu tu pun rendah. So kenalah duk ccu. Jadi janganlah memain dengan benda-benda macam ni. Puncanya sikit je nak hilangkan gatal tapi sudahnya mendapat ko duduk ccu.
"Jadi desas-desus yang kata Cik Piah pregnant lagi tu dan ucapakan tahniah, anda silap. Jangan membuat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ye. Tak pasti jangan kongsi. Terima kasih yang mendoakan saya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui risau dengan keadaan Cik Piah dan mendoakan agar dia segera sembuh.
#Penyampai radio #Feeya Iskandar #Cik Piah