"Janganlah Sampai Warna Rambut Jadi Hijau, Makeup Sekati Tebal" - Azrinaz Mazhar Kongsi Tips Pergi Uji Bakat

Asraf Aided
Februari 19, 2019 07:23 MYT
Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar berkongsi beberapa tips untuk mereka yang ingin datang ke uji bakat pengacaraan.
Perkara itu dikongsi Azrinaz menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Azrinaz, aspek penampilan diri amat penting selain persiapan mental dan teknik pengacaraan.
"Kalau pergi audition hos tu pakailah high heels untuk memastikan posture badan anda tegak dan kemas, disini bukan bermaksud platform shoes atau semi heels, dan bukan sneakers, itu untuk jalan-jalan pergi mall cik adik oi.
"Selain persiapan mental, tolonglah datang dengan berpakaian menarik. Janganlah datang macam nak pegi kenduri tahlil.
"Cuba pikat hati para juri, sama seperti kalau nak keluar first date, mesti semua nak berketerampilan cantik to make your partner amaze right? Begitulah juga dengan juri, steal their heart with your good look.
Tak perlulah terlampau berusaha sangat sampai mengubah paras rupa, janganlah sampai warna rambut jadi hijau, lense mata biru, makeup sekati tebal," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Azrinaz bersetuju dengan pendapatnya dan mengucapkan terima kasih kerana berkogsi tips berguna.
Azrinaz mulai aktif dalam bidang penyiaran pada tahun 1997 menerusi sebuah stesen TV tempatan.
Terbaru, Azrinaz dan suaminya Fairos Khan tercalon dalam top 20 Anugerah MeleTop Era bagi kategori Couple MeleTop.
#Azrinaz Mazhar