Pelakon Catriona Ross menarik perhatian peminat apabila membawakan watak wanita kampung bertudung senget bernama Kak Kek.

Menariknya lagi, watak Kak Kek itu bercakap dalam loghat Pattani, Thailand dan ditampilkan khas menerusi video pendek di akaun Instagramnya beserta hashtag #KakKek.

Video pendek itu merakamkan Kak Kek sedang membebel sambil memberikan nasihat kepada mereka yang masih lagi tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan.

“Jangey kelik kapong Ramadan nih. Jangey buak perangai kali tidok #KakKek buat bideo sebut namo demo hok kelik kapong la,” tulisnya dalam loghat.

Jangey buak perangai kalu tidok #KakKek buat bideo sebut namo demo hok kelik kapong laaa

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on


Gelagat Kak Kek itu ternyata menghiburkan hati pengikutnya, tidak kurang juga ada yang mengusik Catriona kembali.



Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 80,000 tontonan.

Sebelum ini, video lucu Kak Kek yang lain juga pernah menerima sehingga lebih 300,000 tontonan.