Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jangka Hayat Bayi Lahir Pada 2024 Dijangka Hidup Sehingga 75.2 Tahun

Gempak
30/09/2024 16:21 MYT
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

BERITA TRENDING: Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, secara purata, seorang bayi perempuan dijangka boleh hidup sehingga 77.8 tahun iaitu 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.0 tahun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena penerbitan Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2022-2024, beliau berkata, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan, mengikut negeri, bagi tempoh 2022 hingga 2024 dicatatkan di Selangor, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tempoh yang sama.

"Tiga negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 2024 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur,” katanya.

Mohd Uzir berkata, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut daerah pentadbiran pada 2024 dicatatkan di Petaling, Selangor (80.2 tahun) manakala Samarahan, Sarawak mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2023 (79.6 tahun) dan 2022 (79.5 tahun).

BERITA TRENDING: Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”


"Kuala Penyu, Sabah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi lelaki dan perempuan bagi tempoh 2022-2024,” katanya. - Bernama
#Viral #Bayi #Hidup #Lahir #2024 #DOSM
;