Penyanyi dangdut, Via Vallen sedang berhadapan perasaan susah hati yang sukar digambarkan apabila janin bayi yang dikandungnya kini tidak berkembang.
Jantung calon anak pertama hasil perkahwinannya dengan Chevra Yolandi itu malah berhenti berdetak pada usia 8 minggu.
Hal itu dikongsikan pelantun lagu Sayang tersebut menerusi kemas kini di Instagramnya.
Dalam kemas kini yang merupakan curahan hati itu, Via mengatakan doktor memberitahu seharusnya bayi yang dikandung sudah berusia 12 minggu, namun perkembangan menerusi pemeriksaan jantung bayinya telah berhenti berdetak pada usia 8 minggu.
“Menurut hitungan doktor, seharusnya usia kamu 12 minggu, nak," kata Via Vallen.
"Tapi, hasil USG menyatakan usia kamu masih 8 minggu (sama dengan hasil USG 1 Oktober). Kata doktor, kamu sudah tidak berkembang selama 1 bulan," lanjutnya.
Via pun melahirkan rasa bimbang dengan pengalaman pertama yang tidak enak sedang dilaluinya kini.
"Melihat keadaan kamu yang sekarang, apakah mungkin dengan menunggu lagi, masih ada harapan untuk kamu berkembang dan benar-benar menjadi milik Ami," ujar Via Vallen berharap.
Penghibur berusia 31 tahun itu juga mengatakan dirinya sempat berasa tidak enak perut sehingga mengalami sedikit pendarahan sebelum pergi bertemu doktor.
Via dan Chevra yang menikah pada Jun 2022 lalu pernah menyampaikan hasrat untuk memiliki sehingga tujuh orang anak.
Maliah Surip
Thu Oct 20 2022
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.