"Janji Class Katanya, Bukan Orang Tau Pun Pakai Benda Murah..." - Zila Bakarin

Asraf Aided
Jun 24, 2019 11:49 MYT
Pelakon Zila Bakarin berkongsi sepotong video ketika berada di set penggambaran drama untuk sebuah stesen televisyen tempatan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Zila mencuit hati netizen dengan gurauannya mengenai subang yang dipakainya di set penggambaran tersebut.
"Kita kena ada kelas juga tau, apa? You tak tengok subang I ni? Rasa berapa subang I ni?
"Haaa...RM 19.90 Saja Ya," kata Zila dalam video terbabit.
Sementara di ruangan kapsyen, Zila sempat berseloroh.
"Datuk pun kadang-kadang sengkak jugak ek! Rambut pun senget benget, janji class katanya, bukan orang tau pun benda murah...Hahaha".
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan pelakon berbakat ini.
Sedikit info mengenai Zila, pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Zila Bakarin