"Janji Dia Hafal" - Netizen 'Melting' Tengok Jebat Jayden Baca Surah Al-Khafi

Gempak
Jun 7, 2022 06:04 MYT
Gelagat dan telatahnya selalu sahaja buat ramai yang cair dan terhibur dengannya. Dia yang dimaksudkan ialah Jebat Jayden, anak lelaki hasil perkahwinan aktor Sharnaaz Ahmad dan Noornabila.
Apa mencuri perhatian wargamaya kali ini apabila Jebat sudah pandai membaca surah Al-Khafi.
Momen itu telah dirakam dan dimuatnaik sendiri oleh ibu saudara kepada Jebat iaitu Neelofa di aplikasi Tiktok miliknya semalam.
@neelofa

Janji dia hafal

♬ original sound - neelofa
Menerusi klip pendek tersebut terlihat Jebat sedang membaca Surah Al-Khafi yang dipasang di kaca televisyen sambil melompat-lompat.
Tidak terlepas pujian yang diberikan oleh wargamaya melihat kebijaksaan Jebat.
“Wah bijaknya jebat.
“Bagusnya, kecik-kecik dah hafaz surah al-khafi.
“Masyallah cutenya Habiby Jayden.
“Pandainya Jebat Jayden”-komen wargamaya.
Sehingga kini perkongsian tersebut telah menerima lebih dari 500,000 tontonan.
#Jebat Jayden #Noor Neelofa #Jebat surah Al-Kahfi