Janji Hadiah, Shahidan Kassim Kata’ ‘Sokay’, Tidak Dijemput Turun Padang Raikan KL City FC Juarai Piala Malaysia
Maliah Surip
01/12/2021 08:50 MYT
01/12/2021 08:50 MYT
Status terkini yang juga berupa luahan di laman Facebook Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menarik perhatian warganet.
Hal ini lantaran Shahidan mendakwa kehadirannya ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disedari pengacara yang bertugas.
Oleh yang demikian, Shahidan menerusi luahannya mengatakan beliau juga telah terlepas untuk ikut merayakan kemenangan pasukan KL City yang menjuarai Piala Malaysia.
“Semalam, saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion. Tahniah. Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya…Sokay,” luah Shahidan.
Luahannya itu telah mendapat perhatian warganet dengan ada antaranya yang mengatakan kehadiran beliau dalam puluhan ribu penonton yang membanjiri stadium tersebut tidak disedari.
Disebabkan itu, pengacara hanya memanggil Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad dan Penasihat KL City, Tan Sri Annuar Musa untuk turun ke padang meraikan kemenangan pasukan tersebut.
Meski luahan beliau seakan merajuk, Shahidan kemudian mengemas kini status di laman sosial sama dengan berjanji akan memberi ganjaran kepada pasukan KL City di atas kejayaan mereka membawa pulang Piala Malaysia.
"Pemain pemain KL City akan dapat hadiah nanti. Saya akan jemput mereka tidak lama lagi. Semalam saya datang bersama penyokong penyokong dari seluruh negara. Saya bawa," tulisnya seperti tinjauan Gempak sekitar tiga jam lalu.
Menerusi edisi ke 100 usia persaingan Piala Malaysia yang berlangsung semalam, KL City telah mengejutkan pasukan pilihan JDT apabila menang 2-0.
Kredit: Facebook Shahidan Kassim