,
Laman Utama

Janna Nick Bakal Bina Pusat Tahfiz, Dengan Kos Pembinaan RM6 Juta - “Dah Lama Impikan…”

Izwan Isa
05/05/2022
08:50 MYT
Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Gatal, Janna Nick mendedahkan yang dia kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Bakal diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah, Janna berkata, institusi berkenaan bakal menelan belanja sekitar RM6 juta.
“Sebenarnya, dah lama saya memasang hajat dan juga impikan untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz dan anak yatim.
“Tak sangka peluang tu ada dan ia (kompleks tahfiz) bakal dibangunkan secara bersama dengan AJK Masjid Kampung Bukit Kechil serta penduduk kampung.
“Berkenaan dengan lokasi pula, saya pilih Kampung Bukit Kechil kerana ia merupakan tempat saya membesar. Dalam masa yang sama, AJK masjid juga ahli keluarga saya sendiri,” katanya.
Dalam masa sama, Janna memberitahu yang kos yang diterima hasil sumbangan orang ramai berjumlah RM400,000.
"Kos yang dah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai berjumlah RM400,000, termasuk kos untuk pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.
"Untuk jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim pula adalah RM6 juta. Buat masa sekarang, kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami baru mulakan pembinaan," katanya.
Janna menambah, apabila sasaran kutipan berjaya diraih, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Sekolah tahfiz ini dibina untuk pelajar sekolah rendah, bermula darjah satu hingga enam. Satu kelas boleh memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Hiburan

Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

gempak
01/05/2024
01:50 MYT
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Viral

“Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

gempak
29/04/2024
03:55 MYT
Janna berkata, dia kini sedang berbahagia dengan suaminya dan dia tidak kisah untuk masuk penjara jika ada yang mengganggu rumah tangga mereka.
Terkini

Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!

gempak
22/03/2024
13:55 MYT
Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.
BorakSeeni