Laman Utama

Janna Nick Gagal Menahan Air Mata Melihat Ibu Bapa Disatukan Kembali - “Saya Dapat Tengok…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/06/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Janna Nick Gagal Menahan Air Mata Melihat Ibu Bapa Disatukan Kembali - “Saya Dapat Tengok…”
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berasa sebak apabila melihat ibu bapanya yang sudah lama berpisah berada di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Sabtu di Langkawi.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, menganggap kehadiran ibu bapanya yang disatukan kembali di majlis itu merupakan memori yang cukup indah dan tidak akan dilupakan dalam hidupnya.
“Saya sangat berbesar hati melihat rakan-rakan selebriti yang sanggup datang dari Kuala Lumpur terbang ke sini (Langkawi).
“Dan memori yang paling tidak akan saya lupakan sampai bila-bila apabila kedua-dua buah keluarga saya dapat disatukan kembali dalam sebuah majlis.
“Saya dapat tengok mak dan ayah saya dalam satu majlis. Saya dapat juga tengok Tok Wan.
Terima kasih sangat-sangat. Ia adalah perkara yang sangat bermakna untuk saya,” katanya.
Janna berkata demikian ketika membuat ucapan di hadapan tetamu yang hadir pada resepsi persandingannya di Langkawi dan dirakam kemudian dikongsikan di Instastory aktres Nora Danish.
Sebelum ini, Janna menerusi sebuah video wawancara pernah berkongsi mengenai kisah hidupnya ketika kecil yang penuh suka dan duka.
Menerusi wawancara tersebut, aktres berusia 28 itu mendedahkan, ibu bapanya sudah berpisah ketika usianya sembilan tahun dan sejak daripada itu dia telah memilih untuk tinggal bersama neneknya.
Pada ketika itu juga, liku kehidupannya bermula dan banyak masanya dihabiskan bersama rakan-rakan.
Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live