Janna Nick ‘Kecewa’ Lagi, Ujian Kehamilan Negatif - “Kena Paksa Diri Untuk Terima Belum Rezeki”
Asyikin Mayudin
28/02/2024 23:55 MYT
28/02/2024 23:55 MYT
Setiap pasangan yang sudah berkahwin semestinya mengimpikan zuriat, begitu juga seperti isteri kepada aktor Dini Schatzmann iaitu aktres Janna Nick.
BERITA TRENDING: Netizen Setuju Janna Nick & Dini Couple Paling Tak Cringe Di Media Sosial? - “Dah Macam Couple Goblin K-Drama”
Menerusi perkongsian di TikTok, Janna memuat naik video memperlihatkan dia menggunakan kit ujian kehamilan namun keputusannya menghampakan.
“Terbangun tidur 4 pagi, jadi decided untuk buat pregnant test. Buat masa Dini tidur… jadi dia tak nampak I stres. Hopefully tak ‘kecewa lagi’. Penat dah berharap.
“Doa selagi mampu sebab memang teringin sangat. Nervous everytime nak check result. Berharap dapat ‘dua line’ boleh surprise Dini. Baru nampak result, pelik sebab dah cuba bermacam cara.
“Kena paksa diri untuk terima ‘belum rezeki’,” kongsi Janna.
Perkongsian itu dibuat selepas Janna menerima pertanyaan netizen di TikTok yang ingin mengetahui sama ada aktres itu hamil atau tidak memandangkan badannya kelihatan berisi.
Menjawab pertanyaan netizen, Janna berkata badannya semakin berisi disebabkan kurang pergerakan kerana bimbang sukar hamil.
“Dah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan: badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activiti yang I suka… yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest.
“Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat-jerawat besar. Mula psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze!
“Please take note that pregnancy journey tak mudah. I faham… I terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang dan menanti akan dapat baby yang comel,” katanya.
Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini pada 10 Jun tahun lalu.