Sebut saja asrama atau hostel pasti akan ada yang teringat kisah seram dan mistik, sama ada diceritakan oleh orang lain atau kita sendiri lalui.

Sama seperti pelakon Janna Nick yang diganggu oleh penunggu di bilik mandi hostel.

Sebenarnya, itu sebahagian daripada babak dalam episod terbaharu yang dilakonkan Janna dalam Kisah Seram Hostel.

Diinspirasikan daripada kisah-kisah asrama, Kisah Seram Hostel mengisahkan hantu bilik air, mengira katil, hantu mak cik karipap, pocong dan lain-lain.

Janna melakonkan watak Mayasari, seorang pelajar yang diganggu semasa membasuh kain di bilik mandi.

Mayasari menyedari sahabat disebelahnya di dalam bilik air terbabit bukan manusia, dia kemudiannya melarikan diri dan berpura-pura tidur di katil.

Namun hantu terbabit datang dan mengira org yang sedang tidur di katil.

Manakala, kisah kedua tentang seorang gadis nakal yang pengotor dan suka membuang pad merata-rata hingga mengundang pocong datang menjilat darah pada pad tersebut.

Kisah ketiga pula mengisahkan Orkid

, seorang gadis polos yang baik di kolej namun akhirnya terjebak dengan cinta lelaki.

Terlanjur, dan akibat malu dia telah menggantung diri di asrama menyebabkan asrama itu berhantu.

Selain Janna, Kisah Seram Hostel turut dibintangi Rita Nadira, Wafariena dan Shahrul Kamal.

Jangan lupa saksikan Kisah Seram Hostel pada hari Sabtu ini, 28 Disember pukul 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.