Pelakon Janna Nick mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, Janna memuat naik gambar dirinya bersama kekasih hati, pelakon Dini Schatzmann dengan mengenakan pakaian sedondon.

Lebih mengujakan pengikutnya, apabila pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, itu turut berkongsi satu tarikh yang menimbulkan tanda tanya umum.

"Can't wait (tak sabar tunggu) 2.2.2021," tulisnya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Biarpun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsian tarikh berkenaan, rata-rata netizen mula membuat spekulasi kemungkinan ia berkaitan dengan hari bahagia mereka.

"Wow, tarikh tunang ke?," komen @leeyanatalha.

"Oh my god, semoga dipermudahkan segala urusan," tulis @farahzatiy.

"Segerakan benda baik," tambah @nurkasih_07.

"Wah, kahwin-kahwin," komen pengikutnya yang lain.

Lebih menguatkan spekulasi, Janna menerusi ruangan kapsyen yang sama turut mencoretkan ucapan romantik kepada Dini.

Ucapan yang ditulis dalam bahasa Korea itu membawa maksud: 'Saya mahu bersama dengan awak lebih lama'.

Bahkan, pada masa sama, Janna ketika diminta salah seorang pengikutnya untuk memilih tarikh 21.2.21, menjelaskan dia tidak boleh berbuat demikian memandangkan sudah terlalu ramai.



Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan apa yang istimewanya pada 2 Februari nanti!

Sebagai info, Janna dan Dini dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.

BACA: "Dia Satu Dalam Sejuta!" -Janna Nick Akui Sedang Dilamun Cinta